Monday 26 January 2015

MUQADDIMAH

 Dhabt Al Quran ( Ilmu Tanda )

Apakah 'Dhabt Al-Quran'

'Dhabt Al-Quran' ialah satu disiplin ilmu yang membahaskan mengenai tanda/simbol yang diciptakan oleh para Ulama' untuk membantu di dalam pembacaan Al-Quran. Contohnya tanda baris atas, bawah, dan depan, tanda sabdu, titik-titik pada huruf dan lain-lain lagi.

Pada zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a, Al-Quran ditulis tanpa apa-apa tanda/simbol seperti baris dan titik. Huruf-huruf Hijaiyah (seperti 'ba', 'ta', 'tsa', 'jim' dll) ditulis tanpa titik. Kebanyakan umat Islam ketika itu, mahir dan menguasai ilmu bahasa arab. Ini membolehkan mereka membaca tulisan Al-Quran walaupun tanpa titik, baris, dan simbol-simbol lain.

MUQADDIMAH  ILMU DHABT

DHABT
  
 Dari sudut bahasa :

-         sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkara

 Dari sudut istilah :

-          suatu ilmu yang memberi tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakah(baris), sukun(tanda mati), syaddah(sabdu),mad (panjang)dan lain-lain lagi.

TERBAHAGI KEPADA :

1.   Nuqtah I’rab  - ialah suatu tanda yang menunjukkan harakah(baris),   sukun(mati), syadd(sabdu), mad(panjang) atau sebagainya.

2.  Nuqtah I’jam -  ialah suatu tanda yang menunjukkan zat-zat huruf bagi     membezakan mu’jam dan muhmal seperti titik pada huruf ba’ disebelah baah, ta’ dua titik sebelah atas dan tha’ tiga titik di sebelah atas dan begitulah seterusnya.




Siapakah insan pertama yang mencetus penulisan baris?
Khilaf ulama dalam menentukan siapakah pencetus penulisan baris :

  Pendapat 1 : Khallil Bin Ahmad
  Pendapat 2 : Nashr Bin ‘Asim Dan Yahya Bin  Yu’mar
  Pendapat 3 : ‘Abdullah Bin Abi Ishak Al-Hadrami


             Pandangan yang shahih :

Para ulama’ lebih condong mengatakan orang pertama yang mencipta nuqtah I’rab ialah Abul Aswad Ad-Duali atas arahan Zaid yang menjadi gabenor di Basrah pada masa itu di bawah tampuk pimpinan Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan.


ASBAB PENULISAN BARIS

Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid ibn Abi Zaid yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidullah bin Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya. Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.
Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasa Arab".Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.
Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu, hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-Taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul).
Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu. Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda . Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran, ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan".

             Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari warna mushaf itu. Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya. Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung , (tanwin), letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya.

Setelah itu lahirlah zaman Abbasiyah lahir Imam An-Nahri Khalil bin Ahmad Al-Basri. Beliau telah mengubahsuai nuqtah yang direka oleh Abul Aswad dan dijadikan seperti bentuk yang ada sekarang. Beliau telah memperbaharui dan mempercantikkan lagi dengan meletakkan alamat-alamat  seperti :

Fathah      – alif kecil yang melintang (-)

Dhummah    - wau kecil (,)

Kasrah       - ya kecil (ى )

Saddah      - diambil dari kepala (ش)

Sukun       - diambil dari kepala (خ)


p/s : tetapi ada pendapat yang kata alamat-alamat bagi ismam, saddah , 

sukun, ikhtilas ni adalah lepas zaman Abasiyah (waallahu a’lam)

ASBAB PENANDAAN TITIK (NU’TAH I’JAM )

 Nu’tah I’jam ini diguna pakai bagi membezakan antara huruf dengan huruf yang lain yang terdiri daripada :

1.   Huruf mu’jam
-     Yang terdiri daripada 15 huruf (ب, ت,ث,ج,خ,ذ,ز,ش,ض,ظ,غ,ف,ق,ن,ي)

2.  Huruf muhmal
-     Yang terdiri daripada 13 huruf ( huruf selain daripada di atas )

      Nuqtah I’jam pula dicipta oleh Nasr bin ‘Asim dan Yahya bin Ma’mar mengikut pendapat yang rajih(kuat). Mereka diarah oleh Hajjaj bin Yusof gabenor di Iraq di bawah pemerintahan Khalifah Malik bin Marwan. Mereka ini merupakan pakar dalam bahasa arab dan kesusasteraannya termasuklah ilmu Qiraat.

SEBAB PELETAKAN TITIK :

1.   Pembukaan kota islam
-        Banyak ahli A’jam yang mula memasuki islam sekaligus menyebabkan berlakunya kesalahan yang banyak pada pembacaan kerana tidak mengetahui huruf apakah yang sebenarnya dimaksudkan pada sesuatu ayat.

-     Semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan , Hajjaj bin Yusof telah meminta Nasrh bin ‘Asim dan Yahya bin Yu’mar bagi meletakkan titik pada huruf- huruf di dalam al-quran.

-    Mereka dipililh atas kehebatan mereka di dalam selok belok Bahasa Arab selain merupakan seorang guru qiraat yang hebat pada masa itu.

-    Jadi, penandaan titik ini diletakkan pada mashaf dan diwarnakan dengan menggunakan warna yang sama dengan tulisan mashaf.

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN DHABT AL-QURAN

Di antara kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran ialah :

1. Dapat membaca Al-Quran dengan tepat mengikut hukum tajwid.

2. Menghilangkan kesamaran cara bacaan pada tanda baris dan tanda hukum bacaan seperti tanda sabdu, mad, dan lain-lain.

     Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:

- Harakah
- Sukun
- Syaddah
- Mad
- Hamzah

PERBEZAAN ILMU RASM DAN ILMU DHABT

Ilmu rasm:

-       - Dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqaf (berhenti) kalimah al-Quran.
       Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha’, mim & dal. Dibuang huruf nun yang bertanwin

-     - Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat dan hazaf (ada dan buang)

Ilmu dhabt:

-     - Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal (bersambung)

       Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.

-     - Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-huruf al-Quran dari segi baris, mati, syaddah dan sebagainya


waallahu a'lam
p/s : mintak maaf kalau ada tersalah info ..
blog ini masih dalam pembikinan..
mohon mengerti..
( ^.^ )---> jumpa lagi..( bye2)

No comments:

Post a Comment