Monday 26 January 2015

BAB 3 : Hukum Bagi Setiap Huruf Yang Sukun Dan Hikum Huruf Yang Bergaris Selepasnya

BAB TIGA

(HUKUM BAGI SETIAP HURUF YANG SUKUN DAN HUKUM HURUF YANG BERBARIS SELEPASNYA)

HUKUM BAGI SETIAP HURUF YANG SUKUN

ASAL USUL TANDA SUKUN

Berdasarkan beberapa pandangan, iaitu

Pandangan Khalil bin Ahmad

-     Alamat sukun berasal dari kepala jim ( ج ) daripada perkataan جزم yang bermaksud terputus ( dari satu huruuf ke huruf yang lain ).

Pandangan kedua

-     Alamat sukun berasal daripada kepala ha’ (ح) berdasarkan lafaz استرح yang bermaksud rehat ( rehat dari menggerakkan mulut )

Pandangan ketiga

-     Alamat sukun itu berasal daripada kepala kha’ (خ) daripada lafaz خفف yang bermaksud ringan ( ada pergerakan namun sedikit sahaja )

Pandangan Abu Daud

-     Alamat sukun itu berasal daripada bulatan kecil yang kissing ditengah (o)
-     Ini adalah pandangan kebanyakan Ahli Nu’tah Madinah, sebahgain Ahli Nu’tah Barat dan sebghagian daripada ahli-ahli Nu’tah Barat.

Pandangan Ahli Madinah
-     Alamat sukun itu berasal daripada huruf ha   

TEMPAT DAN KEDUDUKAN SUKUN

Terdapat dua pandangan :

Pertama :

Akan ditulis diatas huruf sekiranya huruf yang sukun itu HURUF IZHAR dan tidak pada huruf idgham.

Menunjukkan isyarat kepada perlunya mengizharkan sebutan huruf tersebut
Inilah yang diamalkan.
Kedua :

Akan ditulis sukun diatas semua huruf yang sukun ( tidak khusus kepada huuf izhar sahaja )

Ini adalah pendapat yang dhoif.


HUKUM HURUF YANG BERBARIS SELEPASNYA

SEKIRANYA HURUF SELEPAS ADALAH :

HURUF IDHGAM KAMIL

-     Perlu letak tanda saddah

-     Sebagai isyarat kepada sempurna idhgam ( makhraj huruf yang sekun itu tidak lagi kedengaran) huruf yang sukun itu dengan huruf yang selepasnya.

-    قد سمع
HURUF IDGHAM NAQIS

Terdapat dua mazhab :

Mazhab pertama :

-     Tidak perlu letak tanda sukun diatas huruf yang idham naqis sebagai isyarat ianya bukan hukum izhar.

-     Dan tidak perlu tanda saddah padanya isyarat kepada ia bukan hukum idgham kamil. 
-     Inilah yang diamalkan.

-     أحطت

Mazhab kedua :

-     Perlu letak tanda saddah isyarat kepada ianya adalah hukum idgham

-     Dan perlu juga diletakkan tanda sukun diatas huruf yang diidghamkan itu isyarat kepada ini hukun idgham naqis.

-     Pandangan ini diamalkan boleh sebahagian Ahli-ahli Nu’tah Barat.

HURUF SELEPAS ADALAH HURUF HIJAIYYAH

Sekiranya huruf hijaiyyah tersebut adalah HURUF IZHAR

-     Sila rujuk kepada nota diatas.

-     Hukum penandaan bagi huruf hijaiyyah yang Izhar adalah sama seperti Huruf Izhar di atas.

Sekiranya huruf hijaiyyah tersebut adalah HURUF IDHGAM

-     Sila rujuk kepada nota diatas.


-     Hukum penandaan bagi huruf hijaiyyah yang Idgam adalah sama seperti Huruf Idgham di atas












No comments:

Post a Comment