Monday 26 January 2015

BAB 4 : Tanda Bagi Huruf Yang Bersyaddah

BAB EMPAT

(TANDA BAGI HURUF YANG BERSYADDAH)

Penandaan huruf bertasydid 

Terdapat khilaf ulama pada huruf bertasydid sama ada perlu meletakkan tanda atau tidak.

Ø  Sebahagian ahli Iraq mengatakan:  Meletakkan harakat pada huruf pertama dan bakinya tidak perlu.

Ø  Jumhur ulama pula mengatakan perlu meletakkan tanda tasydid.

Berlaku khilaf dalam cara meletakkan tanda :

Pendapat pertama,Mazhab khalil bin ahmad dan pengikutnya :

        I.      Meletakkan kepala (syin) tanpa titik.
       II.      Diletakkan diatas huruf.
      III.      Diambil dari perkataan (syin) kerana huruf awal     mengalahkan huruf yang lain.
      IV.      Apabila keadannya fathah atau dhommah diletakkan tanda itu pada atas huruf.
     V.      Inilah yang diamalkan sehingga sekarang dan di sokong oleh abu daud.

Pendapat lain pula mengatakan ,

                i.      Tanda fathah dan dhommah diletakkan didepan huruf.

               ii.      Tanda kasrah diletakkan di bawah dan bukan diletakkan pada satu tempat.

              iii.      Pendapat lain, kasrah diletakkan atas huruf dan di bawah tasydid. Tetapi ianya dhoif.

Pendapat kedua,ahli madinah madinah dan pengikutnya ahli Andalusia menggunakan huruf dal yang senget sedikit. Diambil dari perkataan (syidda) yang bermaksud bersangatan. Dikatakan lebih bagus dari (syin) kerana ada dua dal dalam tiga huruf dalam satu kalimah, menjadi pilihan kerana mejoriti. Di letakkan di atas huruf secara terbalik apabila ia fathah, di letakkan di depan  secara menunggeng apabila dhommah dan di bawah apabila kasrah.

Kesimpulannya :

1)  Meletakkan tasydid tanpa perlu meletakkan baris.
2) Meletakkan kedua-duanya.
3) Ada baris ada tasydid kalau dihujung sahaja, kalau bukan di hujung letak tasydid sahaja tanpa baris. Ini kerana tanda tasydid dihujung selalu bertukar.



1 comment:

  1. Assalamualaikum .. maaf.. ada kesalahan dlm mnterjemahkan kitab dhabt ni.. mohon dperbaiki.. apa pun usaha yang murni.. keep it up

    ReplyDelete