BAB SATU
(Alamat Bagi Setiap
Harakat Dan Tanwin )
Harakat itu terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Fathah
- Merujuk kepada alif kecil yang melintang
daripada kanan ke kiri (-)
- Ada perbezaan ulama’ soal peletakan
baris fathah ini, antaranya :
· Baris fathah ini diletakkan di atas
huruf ( ini yang diamalkan )
· Baris fathah ini diletakkan di hadapan
huruf (namun ini adalah pendapat yang dhaif )
2. Dhommah
- Merujuk kepada wau soghirah ( wau
kecil ) seperti (,)
- Terdapat tiga khilaf ulama’ tentang
kedudukan wau ini, antaranya :
· Baris dhommah ini diletakkan di atas
huruf yang didhommahkan itu (ini yang diamalkan)
· Pendapat 2 – baris dhommah itu
terletak di hadapan huruf
· Pendapat 3 – baris dhommah itu
terletak di bawah huruf
- Walaubagaimanapun pendapat kedua dan
ketiga merupakan pendapat yang lemah.
- Seterusnya, terdapat juga khilaf
adakah patut dikekalkan kepala wau atau dihazafkannya. Disini terdapat dua
mazhab yang membahaskannya:
· Mazhab timur (المشارقة ) – mengekalkan
kepala wau (,) dan ini yang diamalkan.
· Mazhab barat (المغاربة ) – dihazafkan
kepala wau dan berbengkok seperti huruf dal (د) .
3. Kasrah
- Berbentuk ya’ yang dalam keadaan
terbuka dan diterbalikkan (>) dan diletakkan di bawah huruf.
- Bentuk ya ini juga akan dihazafkan
kepalanya dan berbentuk ( _ )
Cara penandaan baris
ini sebenarnya meliputi semua baris termasuklah ketika :
1. I’rab
2. Ketika
baris itu dalam keadaan binna’
3. Ketika
baris itu dalam keadaan mabni
4. Ketika
dalam keadaan naqal
5. Atau
dalam keadaan bertemu dua sukun
P/s : Kecuali pada huruf-huruf hijaiyyah.
Walaubagaimanapun terdapat dua mazhab yang
berbincang soal penandaan baris pada huruf hijaiyyah.
· Mazhab timur (المشارقة ) – mengatakan tidak
perlu ditulis pada huruf hijaiyyah.
· Mazhab barat (المغاربة ) – mengatakan perlu
ditulis baris pada huruf-huruf hijaiyyah.
Adapun pada huruf TANWIN, baris akan
ditambah mengikut baris yang sedia ada. Sekiranya baris tersebut berbaris
fathah, akan ditambah dengan baris fathah dan begitulah seterusnya.
APA ITU TANWIN ?
Merujuk kepada baris yang ditambah ( منونا )
- Terdapat khilaf sama ada perlu
menanbah huruf ن atau tidak.
- Sekiranya hendak ditulis, huruf ن tersebut akan
diganti baris alif ( ا )
- Namun begitu baris alif ini hanya akan
ditulis sekiranya dalam keadaan mansub
Contoh : %[`#uqøùr&
Dan tidak akan ditulis dalam empat keadaan
1. Mansub
tetapi akhirnya huruf hamzah ( ماء )
2. Diakhiri
dengan ha’ taknis رحمة ) )
3. Huruf
yang majrur ( huruf duduk selepas
huruf jar) (من غفور )
4. Huruf
yang marfu’ بالمؤمنين رؤف رحيم ) )
Terdapat 4 mazhab yang menulis alif sebagai tanda tanwin
iaitu :
1. Mazhab Khalil dan sebahagian mazhab
ahli timur
- Menulis baris tanwin diatas huruf
sebelum huruf alif.
2. Mazhab
As-syaiqani , ahli Muqarabbah , ahli madinah , ahli kuffah dan ahli Basrah
- Menulis bari tanwin diatas baris alif
3. Alamat
harakat ditulis diatas huruf, manakala alamat tanwin ditulis diatas alif.
4. Alamat
harakat ditulis diatas huruf , kemudian ditambah pula satu lagi baris
bagi alamat tanwin seperti (=) diatas alif.
P/s : akan tetapi mazhab ketiga dan keempat
adalah mazhab yang dhoif .
Keempat-empat mazhab ini, diaplikasikan
dalam tiga keadaan , iaitu :
1. Ketika mansub
2. Ketika majrur
3. Ketika maksur
Bagi keadaan pertama
yang tidak akan ditulis alif iaitu : Mansub tetapi akhirnya huruf
hamzah ( ماء ), terdapat tiga
pendapat cara peletakan baris tanwin (=) iaitu:
1. Diletakkan diatas hamzah ( ini yang
diamalkan )
2. Diletakkan
diatas alif kecil yang terletak selepas huruf hamzah.
3. Dijadikkan
alif kecil sebelum hamzah dan alif pada huruf mim, sementara hamzah diletakkan
di dalam rumah mim dan ditambahkan dengan tanda tanwin atas hamzah.
Akan tetapi, mazhab kedua dan ketiga
merupakan mazhab yang dhoif.
P/s : Alhamdulillah
tamat sudah bab 1, sekiranya ada sedikit kekeliruabolehlah email kami di,
akubukanpanda@gmail.com
No comments:
Post a Comment