Monday 26 January 2015

BAB 9 : Cara Penandaan Tanda Bagi Huruf Yang Dihazafkan Dari Penulisan Mashaf

BAB SEMBILAN

(CARA PENANDAAN TANDA BAGI HURUF YANG     DIHAZAFKAN DARI PENULISAN MASHAF)


Huruf-huruf yang dihazafkan dari penulisan mashaf terbahagi kepada :

1.   Huruf i’llah ( alif, wau dan ya) dan ini berlaku disebabkan,

-     Berhimpun dua huruf yang sama

-     Untuk memendekkan tulisan

-     Untuk menggantikan huruf yang dihazafkan

2.  Huruf nun


Namun, di dalam bab ini, akan membincangkan huruf illah sahaja .


HURUF I’LLAH ( BERHIIMPUN DUA HURUF YANG SAMA )

Sekiranya :

1. Huruf  pertama sukun, huruf kedua huruf asli atau huruf yang menunjukkan jumlah 

banyak atau dua alif berhitung dalam satu masa,


Sekiranya menghazafkan yang pertama, boleh memilih untuk meletakkan tanda ilhaq atau tidak.

Sekiranya, menghazafkan yang kedua, mesti meletakkan tanda ilhaq


2. Namun, sekiranya, huruf pertama adalah berbaris dhommah atau bersaddah, maka :

Bagi yang menghazafkan yang pertama, mesti meletakkan tanda ilhaq

Bagi yang menghazafkan yang kedua, boleh memilih untuk meletakkan tanda ilhaq atau tidak.


HURUF ILLAH ( UNTUK MEMENDEKKAN TULISAN )

Pada dasarnya, perlu kepada penulisan ilhaq, namun haruslah memenuhi 2 syarat ini, iaitu :

1.   Huruf yang dihazafkan itu berada di tengah kalimah

Contoh

العلمين , بينت  , إبراهيم  , صلح

2.  Selepasnya bukan huruf sukun

Hal ini kerana bagi yang selepasnya adalah huruf sukun, terdapat dua cara tulisan iaitu :

1.   Ditulis ilhaq dan inilah yang diaamalkan

2.  Tanpa ilhaq


Peringatan :
Pada lafaz jalalah ( الله ) ulama bersepakat untuk tidak menulis ilhaq pada lafaz kalimah ini.


Sekiranya huruf yang dihazafkan itu terletak di akhir kalimah,  Maka hukumnya, hazaf dan tidak perlu meletakkan ilhaq.


Contoh :
دعاء

HURUF ILLAH ( UNTUK MENGGANTIKAN HURUF YANG DIHAZAFKAN )


Huruf yang menggantikan huruf yang dihazafkan itu terdiri daripada YA’ dan WAU.

Hukumnya, harus ditulis ILHAQ diatas huruf yang dihazafkan itu

Contoh :
الصلوة , الزكوة , موسى  , هد ىهم


Akan tetapi sekiranya, huru tersebut berada di akhir kalimah dan selepasnya adalah huruf sukun, maka TIDAK PERLU ILHAQ :

Contoh :
قال عيسى انب مريم
واتينا موسى الهدى


Diletakkan ilhaq sekiranya memenuhi 10 perkara ini, iaitu

1.   Alif

2.  Ya’

3.    Nun pada kalimah ننجي
4.    حيى
5.    يستحيى
6.    تؤوى
7.    ورؤيا
8.    أولياء  yang bersambung dengan dhomir
9.    جزاؤه

10.  تأمنا

No comments:

Post a Comment