Monday 26 January 2015

BAB 10 : Bagaimana Tanda Yang Ditambah Dalam Resam

BAB SEPULUH

(BAGAIMANA TANDA YANG DITAMBAH DALAM RESAM)

Terbahagi kepada 3 huruf :

1.   ALIF
2.  WAU
3.  YA’

Tanda terbahagi kepada dua:

(x) dua lam yang bersilang –yang diamalkan setengah masyariqah

(o) bulatan –yang diamalkan



1. HURUF ALIF YANG DITAMBAH


10 jenis pembahagian:


a)  Yang ditambah selepas alif pada tempat hamzah berbaris fathah dan di atas lam

      Contoh:
بالنمل  -أولأاذبحنه-
      
      - ولأاوضعوا- بالتوبة  

b)  Yang ditambah selepas alif pada tempat hamzah berbaris kasrah dan di bawah lam

Contah:
 لاءالى اللهبآل عمران-
-لاءالى الجحيم- بالصافات

c)  Yang ditambah antara kasrah dan fathah

Contoh:

-مائة,مأتين,ثلثمائة-

d)  Yang ditambah antara kasrah dan ya’ ditengah

Contoh:

-وجاىءمعا-

e)  Yang ditambah selepas wau yang jama’

Contoh:
-قالوا-

f)   Yang ditambah selepas wau mufrad
Contoh:

--انما أدعواربى


g)  Yang ditambah selepas wau yang hujung pada rumah hamzah tanpa qias

Contoh:
-تفتؤا-


h)  Yang ditambah selepas wau yang diganti dari alif zorof

Contoh:
-الربوا-


i)   Yang ditambah selepas wau yang dijadikan rumah hamzah yang qias

Contoh:
-ان امرؤا-


j) Yang ditambah antara fathah dan ya sakinah

  Contoh:

 تائسوا , ويائس ,ولشائ



~Ada 4 jenis tambahan alif yang dijadikan khilaf

Contoh:

~لأهبعلى قرأة الياء
~ابن
~اذ ولنسفعا وليكونا
~لكنا وأنا  والظنونا  والرسولوا السبيلا


2.HURUF YA YANG DITAMBAH

Ada 3 jenis iaitu:

a)   Ditambah hamzah maksurah yang bukan didahului dengan alif
Contoh:

         -أفاءين مات,بآعمران
,أفاءين مت-بالأنعام

b)  Ditambah sebelum hamzah maksurah sebelum alif yang ada 7 tempat

Contoh;
         -تلقاى- سورة يونس
-ايتائذى القربى-سورة النحل   
          -ءانائ-سورة طه                             
, أومن ورائ-حجاب- سورة شورى          
       بلقائربهمولقائ الآخرة-سورة روم, وااللائ-   




#Adapun tidak diletakkan tanda bulat yang pada tempat hamzah tanpa qias dengan bacaan riwayat Hisyam dan Hamzah dengan tanda ya

c)   Ditambah selepas ya sakinah dan diletakkan satu tempat iaitu ya kedua
Contah:
        (- بإييدباذاريات

#Dan tidak diletakkan tanda bulat dan tasydid pada ya yang kedua
Contoh:

بأييكم

3.HURUF WAU YANG DITAMBAH

a)  Ditambah pada 4 kalimat dengan hamzah maghmumah
   Contoh:



   أولو  , أولت  , أولى  , أولاى

Alhamdulillah...selesai Bab 10, nantikan bab yang terakhir, Bab 11^^

BAB 9 : Cara Penandaan Tanda Bagi Huruf Yang Dihazafkan Dari Penulisan Mashaf

BAB SEMBILAN

(CARA PENANDAAN TANDA BAGI HURUF YANG     DIHAZAFKAN DARI PENULISAN MASHAF)


Huruf-huruf yang dihazafkan dari penulisan mashaf terbahagi kepada :

1.   Huruf i’llah ( alif, wau dan ya) dan ini berlaku disebabkan,

-     Berhimpun dua huruf yang sama

-     Untuk memendekkan tulisan

-     Untuk menggantikan huruf yang dihazafkan

2.  Huruf nun


Namun, di dalam bab ini, akan membincangkan huruf illah sahaja .


HURUF I’LLAH ( BERHIIMPUN DUA HURUF YANG SAMA )

Sekiranya :

1. Huruf  pertama sukun, huruf kedua huruf asli atau huruf yang menunjukkan jumlah 

banyak atau dua alif berhitung dalam satu masa,


Sekiranya menghazafkan yang pertama, boleh memilih untuk meletakkan tanda ilhaq atau tidak.

Sekiranya, menghazafkan yang kedua, mesti meletakkan tanda ilhaq


2. Namun, sekiranya, huruf pertama adalah berbaris dhommah atau bersaddah, maka :

Bagi yang menghazafkan yang pertama, mesti meletakkan tanda ilhaq

Bagi yang menghazafkan yang kedua, boleh memilih untuk meletakkan tanda ilhaq atau tidak.


HURUF ILLAH ( UNTUK MEMENDEKKAN TULISAN )

Pada dasarnya, perlu kepada penulisan ilhaq, namun haruslah memenuhi 2 syarat ini, iaitu :

1.   Huruf yang dihazafkan itu berada di tengah kalimah

Contoh

العلمين , بينت  , إبراهيم  , صلح

2.  Selepasnya bukan huruf sukun

Hal ini kerana bagi yang selepasnya adalah huruf sukun, terdapat dua cara tulisan iaitu :

1.   Ditulis ilhaq dan inilah yang diaamalkan

2.  Tanpa ilhaq


Peringatan :
Pada lafaz jalalah ( الله ) ulama bersepakat untuk tidak menulis ilhaq pada lafaz kalimah ini.


Sekiranya huruf yang dihazafkan itu terletak di akhir kalimah,  Maka hukumnya, hazaf dan tidak perlu meletakkan ilhaq.


Contoh :
دعاء

HURUF ILLAH ( UNTUK MENGGANTIKAN HURUF YANG DIHAZAFKAN )


Huruf yang menggantikan huruf yang dihazafkan itu terdiri daripada YA’ dan WAU.

Hukumnya, harus ditulis ILHAQ diatas huruf yang dihazafkan itu

Contoh :
الصلوة , الزكوة , موسى  , هد ىهم


Akan tetapi sekiranya, huru tersebut berada di akhir kalimah dan selepasnya adalah huruf sukun, maka TIDAK PERLU ILHAQ :

Contoh :
قال عيسى انب مريم
واتينا موسى الهدى


Diletakkan ilhaq sekiranya memenuhi 10 perkara ini, iaitu

1.   Alif

2.  Ya’

3.    Nun pada kalimah ننجي
4.    حيى
5.    يستحيى
6.    تؤوى
7.    ورؤيا
8.    أولياء  yang bersambung dengan dhomir
9.    جزاؤه

10.  تأمنا

BAB 8 : Cara Penandaan Alif Wasol, Alif Ibtida' dan Alif Naqol

   BAB LAPAN
(CARA PENANDAAN ALIF WASOL, ALIF IBTIDA’ DAN ALIF NAQOL)

ALIF WASOL

Terbahagi kepada dua bahagian :
 1.   Keadaan (هيئتها)
 2.   Tempat (موضعها)

Keadaan terbahagi kepada empat pendapat :
 1.   Sebahagian ahli mashariqoh : kepala sod (ص)
 2.   Sebahagian ahli mashariqoh yang lain : dal yang terbalik (v)
 3.   Ad-dani : bulatan kecil (ه)
 4.   Sebahagian ahli magharibah : garisan ( - )

Tempat terbahagi kepada dua pendapat :
  1.   Semua ahli mashariqoh dan ad-dani ( v/ ص/ه) : meletakkan tanda di atas alif
  2.   Ahli magharibah ( ) : kedudukan mengikut baris huruf

  ·         Fathah (di atas alif)  : هو اَلله
  ·         Kasrah (di bawah alif) :والله اِلعزة
  ·         Dhommah (di tengah alif) :وله  المثل


ALIF IBTIDA’

 1.   Ahli mashariqoh (yang diamalkan) : tidak meletakkan tanda
 2.   Selain ahli mashariqoh : meletakkan titik warna hijau ( . )
      ü  Bermula/dibaca dengan fathah : di atas
      ü  Bermula/dibaca dengan kasrah : di bawah
      ü  Bermula/dibaca dengan dhommah : di hadapan alif
      ü  Bermula dengan salah satu daripada huruf  : tidak diletakkan            tanda
                   Contoh : فا الله


ALIF NAQOL

Terbahagi kepada empat perkara :
  1.   Pemindahan harakat (baris)
  2.   Hamzah yang dipindahkan barisnya
  3.   Tanda naqol
  4.    Tempat meletakkan tanda

 1)  Pemindahan Baris :
    ü  Sukun soheh : memindahkan baris di atas sukun yang soheh
    ü  Tanwin : memindahkan baris ketika membaca, tidak pada tulisan

 2)   Hamzah yang dipindahkan barisnya :
    ü  Hokum bagi hamzah : dihazaf (dibuang)

 3)  Tanda naqol :
    ü  Hamzah yang terpisah ( قد أفلح ) : diletak garisan ( - )
    ü  Hamzah yang bersambung dengan alif (ردءا ) dan hamzah yang           bersambung dengan lam ta’rif (الأرض  )

 4)  Tempat meletakkan tanda :
    ü  Hamzah tidak mempunyai rumah : tanda ditengah ( من-امن )
    ü  Hamzah mempunyai rumah :
     ·         Fathah : garisan di atas ( قد اَفلح )
     ·         Kasrah : garisan di bawah (من اِملاق )

     ·         Dhommah : garisan di tengah ( لأى يوم + جلت )

BAB 7 : Hukum Bagi Setiap Ikhtilas, Ishmam dan Imalah

BAB TUJUH
(HUKUM BAGI SETIAP IKHTILAS ,
    ISHMAM DAN IMALAH)

MAKSUD IKHTILAS :
Sebutan cepat ketika melenturkan baris,sebut 1/3 daripada baris.

MAKSUD ISHMAM :
Apa yang dibaca dengan ishmam, sebutan dengan harkat yang sempurna yang tersusun sekali dengannya 2 harkat (dhommah dan kasroh).

Dhommah diawalkan sedikit dan lebihkan bunyi kepada kepada kasroh-

MAKSUD IMALAH : Lawannya fathah. 

Terbahagi kepada dua :

Imalah kubra : yang dekat dengan fathah dan kasroh
Imalah sughra : antara fatihah dan imalah

IMALAH KUBRA : 

Ada 3 perbezaan pada lafaz harkatnya :

1.   Harkat ikhtilas hampir dengan sukun
2.  Harkat ishmam kasroh hampir dengan dhommah
3.  Harkat imalah fathah hampir dengan kasroh

Tandanya :
Bulatan yang ada lubang ditengah (0), terletak mengikut baris huruf.         

Terdapat perbezaan pendapat :

Abu Daud : tidak perlu letak tanda kepadanya. 
Ad Daani : perlu diletakkan tanda dan ini yang telah diamalkan.

TAMBAHAN :

IMALAH :

Diletakkan tanda dibawah kalau imalah sughra, contoh : (الكفرين) atas bacaan taqlil begitu juga dengan kubra, contoh : (الناس)

Disyaratkan Kalau berlaku imalah ketika waqaf dan wasal samada waqaf  ditulis seperti :

1.  asmaul maqsurah :  (فتى وقرى ) 
2.  dan sukun pada wasal :   (وءاتينا موسى الكتاب)




BAB 6 : Hamzah

 BAB ENAM  
(HAMZAH)



Di dalam bab ini, akan membincangkan soal hamzah . Bagi memahami dengan lebih mendalam, kami telah membahagi tajuk ini kepada beberapa pecahan:

hihi...fokus2^^
1.   Bentuk hamzah               2.  Warna hamzah
3.  Baris hamzah
4.  Keadaan hamzah
5.  Kedudukan hamzah

BENTUK HAMZAH

Terdapat dua pandangan tentang bentuk hamzah.


1.   Bulat seperti titik seperti  ( . ), ini merupakan pandangan ahli-ahli nu’tah

2.  Berbentuk  (   ع) ‘ain kecil , ini merupakan pandangan ahli-ahli nahu

WARNA HAMZAH

Warna-warna hamzah ini berbeza mengikut posisi dan keadaan hamzah. Berikut adalah warna-warna yang akan digunakan mengikut kedudukan hamzah dalam sesebuah bacaan :

Dalam keadaan tahqiq :  
-          Titik bulat, bewarna kuning.

Dalam keadaan tashil dan ibdal huruf hamzah menjadi harakat :
-          Titik bulat bewarna merah

Dalam keadaan dihazafkan, atau ibdal huruf hamzah menjadi huruf mad :
-          Tidak akan diwarnakan.


 Semasa di awal penulisan al-Quran, warna pada tulisan al-Quran tidak menjadi masalah. Namun, semakin lama, apabila teknologi percetakan mula dipekenalkan, timbul masalah dalam bentuk dan warna hamzah itu sendiri. Maka muncullah, bentuk-bentuk dibawah ini :

1.   Hamzah itu berbentuk kepala ain ( ء ) ketika tahqiq.

2.  Berbentuk  titik bulat ( • ) ketika tashil atau ibdal huruf hamzah menjadi harakat

3.  Sekiranya hamzah itu diibdal menjadi huruf mad, isqat , naqal maka, huruf hamzah itu tidak akan ditulis.



BARIS HAMZAH

Ulama’ – ulama’ nu’tah bersepakat dalam meletakkan baris kepada hamzah.
Tempat serta kedudukan hamzah yang akan diletakkan baris iaitu :

1.   Ketika tahqiq

2.  Ketika tashil

3.  Ketika digugurkan hamzah dari pembacaan

4.  Ketika bertemu sukun yang asli ( sukun soheh )  eg. قد أفلح )  )

5.  Ketika bertemu tanwin  eg . (  رحيم ءأشفقتم )

Hal ini demikian kerana, keenam-enam kedudukan hamzah ini kesemuanya masih ada pada lafaz dan penulisan dan hanya sesetengah sahaja yang hanya hilang pada sebutan namun masih ada pada penulisan.

Bagi hamzah yang dalam keadaan IBDAL,  disini terdapat dua pandangan yang membahaskannya, iaitu :

1.   Hazaf baris hamzah

2.  Ditulis baris hamzah dan ini yang diamalkan.



Dihazafkan baris hamzah pada enam tempat iaitu :

1.   Ketika mufrad  seperti  (   أرأيت) mengikut wajah bacaan ibdal

2.  Bertemu dua hamzah atau lebih di dalam satu kalimah , dimana hamzah kedua adalah hamzah wasol  (  ءĨ ذكرين )

3.  Bertemu dua hamzah atau lebih di dalam satu kalimah, dan bukanlah hamzah kedua itu adalah hamzah wasol dan huruf selepasnya sukun (  ءأنذرتهم  ) mengikut wajah bacaan ibdal

4.  Bertemu dua hamzah tau lebih di dalam satu kalimah dan selepasnya dalah baris baris yang mendatang ( apabila dua sukun bertemu)

5.  Bertemu dua hamzah atau lebih di dalam satu kalimah dan selepasnya adalah baris yang asli   (  ءألد ) mengikut wajah bacaan ibdal

6.  Bertemu dua hamzah didalam dua kalimah


Bagi menggantikan hamzah yang telah dihazafkan maka,

1.   Bagi pecahan no. 1 dan 2 , akan dihazafkan baris serta huruf hamzah, namun akan diganti dengan mattoh  (  مطة   )- tanda mad ( ~ )

2.  Bagi pecahan no. 3, akan dihazafkan baris serta huruf hamzah namun terdapat dua pandangan sama ada hendak meletakkan mattah ( ini yang diamalkan ) atau tidak meletakkan mattah.

3.  Bagi pecahan no 4. Dihazafkan hamzah dan tidak diletakkan mattah kecuali pada keadaan mad seperti  (  ءĨ لان  ).

4.  Bagi pecahan no.5 dan 6, dihazafkan hamzah dan barisnya serta tidak diletakkan mattah


KEADAAN HAMZAH

Bagi pecahan ini akan membincangkan , keadaan hamzah yang melayakkannya untuk mendapat perumah mahupun tidak.

Ketika mufrad :
Tidak ada rumah bagi hamzah sama ada hamzah terletak di awal ayat, tengah ayat mahupun di akhir ayat.


Ketika jama’ ( dua hamzah ) :
Sekiranya dua hamzah yang berbeza baris  mahupun dua hamzah yang sama baris bertemu antara satu sama lain, maka wajib hazaf salah satu daripada dua perumah hamzah.


Merujuk kepada perbahasan kedudukan hamzah ketika jama’, disini, disertakan dua pendapat yang muncul dalam menentukan perumah hamzah yang manakah patut dihazafkan:

-          Mazhab Al-Farra’ – dikekalkan rumah hamzah yang pertama dan dihazafkan yang kedua. Pandangan ini digunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan sama baris.


-          Mazhab Kisa’ie – dihazafkan perumah hamzah yang pertama dan kekal yang kedua. Pandangan ini dugunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan berbeza baris
Ulama’-ulama’ dhab telah menggunakan kedua-dua pandangan ini seperti mana yang telah dinyatakan diatas.



Ketika jama’ ( tiga hamzah )  
                                             
Hampir 60 pendapat yang membahaskan keadaan hamzah ini.  Contoh yang menjadi perbahasan adala wajah-bacaan berbentuk istifham seperti     (ءأامنتم   )   dan sebagainya. Akan tetapi, disini Cuma kan dijelaskan tiga pandangan sahaja, iaitu :


1.   Hazaf yang pertama, letakkan perumah pada hamzah kedua dan letakkan alif kecil pada hamzah ketiga  seperti   (  ءأıلهتنا  )     


2.  Hazaf yang pertama, letakkan alif kecil pada tempat kedua dan alif pada tempat ketiga


3.  Hazaf yang pertama dan kedua dan letakkan alif pada hamzah ketiga    (ءءامنتم  )                                                                   

TEMPAT / KEDUDUKAN HAMZAH

Sekiranya huruf hamzah itu tidak mempunyai rumah, maka kedudukan hamzah itu hendaklah selari dengan garisan  ( mesti berada betul-betul di atas garisan ) tidak kira sama ada hamzah itu berada di awal kalimah, pertengahan mahupun di akhir kalimah.

Eg :  السماء  , ءادم  ,لرءوف


Sekiranya huruf hamzah itu mempunyai rumah , maka harus diletakkan pemisah diantara huruf sebelum hamzah dengan huruf selepas hamzah ( inilah yang diamalkan) dan tidak diletakkan pemisah .

Eg : شطئه  , شطه


Kedudukan hamzah di atas garisan ini akan berkuatkuasa serta merta sekiranya hamzah itu berada di atas alif ( sebagai perumah ) atau di atas wau  seperti   أخذ  , يكلؤكم   dan masing-masing berbaris fathah dan sukun.
Sekiranya huruf hamzah berbaris kasrah  إنا  maka kedudukannya akan berada di bawah



Bagi bacaan –bacaan yang disertakan dengan idkhol, boleh memilih sama ada hendak meletakkan alif kecil  ( ء´أنذزتهم ) atau meletakkan tanda “dash”  ( جرة   ) seperti  ( ءأنذرتهم   ). Walau bagaimana pun, peletakan alif kecil adalah yang diamalkan.