BAB ENAM
(HAMZAH)
Di dalam bab ini, akan membincangkan soal hamzah
. Bagi memahami dengan lebih mendalam, kami telah membahagi tajuk ini kepada
beberapa pecahan:
 |
hihi...fokus2^^ |
1. Bentuk hamzah 2. Warna hamzah
3. Baris hamzah
4. Keadaan hamzah
5. Kedudukan hamzah
BENTUK HAMZAH
Terdapat dua pandangan tentang bentuk hamzah.
1. Bulat seperti titik
seperti ( . ), ini merupakan pandangan ahli-ahli nu’tah
2. Berbentuk ( ع) ‘ain kecil , ini merupakan pandangan ahli-ahli nahu
WARNA HAMZAH
Warna-warna hamzah ini berbeza mengikut posisi
dan keadaan hamzah. Berikut adalah warna-warna yang akan digunakan mengikut
kedudukan hamzah dalam sesebuah bacaan :
Dalam keadaan tahqiq :
- Titik
bulat, bewarna kuning.
Dalam keadaan tashil dan ibdal huruf hamzah
menjadi harakat :
- Titik
bulat bewarna merah
Dalam keadaan dihazafkan, atau ibdal huruf
hamzah menjadi huruf mad :
- Tidak
akan diwarnakan.
Semasa
di awal penulisan al-Quran, warna pada tulisan al-Quran tidak menjadi masalah.
Namun, semakin lama, apabila teknologi percetakan mula dipekenalkan, timbul
masalah dalam bentuk dan warna hamzah itu sendiri. Maka muncullah,
bentuk-bentuk dibawah ini :
1. Hamzah itu berbentuk kepala
ain ( ء ) ketika tahqiq.
2. Berbentuk titik bulat ( • )
ketika tashil atau ibdal huruf hamzah menjadi harakat
3. Sekiranya hamzah itu diibdal
menjadi huruf mad, isqat , naqal maka, huruf hamzah itu tidak akan ditulis.
BARIS HAMZAH
Ulama’ – ulama’ nu’tah bersepakat dalam
meletakkan baris kepada hamzah.
Tempat serta kedudukan hamzah yang akan
diletakkan baris iaitu :
1. Ketika tahqiq
2. Ketika tashil
3. Ketika digugurkan hamzah dari
pembacaan
4. Ketika bertemu sukun yang asli (
sukun soheh ) eg. قد أفلح ) )
5. Ketika bertemu tanwin eg .
( رحيم ءأشفقتم )
Hal ini demikian kerana, keenam-enam kedudukan
hamzah ini kesemuanya masih ada pada lafaz dan penulisan dan hanya sesetengah
sahaja yang hanya hilang pada sebutan namun masih ada pada penulisan.
Bagi hamzah yang dalam keadaan IBDAL,
disini terdapat dua pandangan yang membahaskannya, iaitu :
1. Hazaf baris hamzah
2. Ditulis baris hamzah dan ini yang
diamalkan.
Dihazafkan baris hamzah pada enam tempat iaitu :
1. Ketika mufrad seperti
( أرأيت)
mengikut wajah bacaan ibdal
2. Bertemu dua hamzah atau lebih di
dalam satu kalimah , dimana hamzah kedua adalah hamzah wasol
( ءĨ ذكرين )
3. Bertemu dua hamzah atau lebih di
dalam satu kalimah, dan bukanlah hamzah kedua itu adalah hamzah wasol dan huruf
selepasnya sukun ( ءأنذرتهم ) mengikut wajah
bacaan ibdal
4. Bertemu dua hamzah tau lebih di
dalam satu kalimah dan selepasnya dalah baris baris yang mendatang ( apabila
dua sukun bertemu)
5. Bertemu dua hamzah atau lebih di
dalam satu kalimah dan selepasnya adalah baris yang asli ( ءألد ) mengikut wajah bacaan ibdal
6. Bertemu dua hamzah didalam dua
kalimah
Bagi menggantikan hamzah yang telah
dihazafkan maka,
1. Bagi pecahan no. 1
dan 2 , akan dihazafkan baris serta huruf hamzah, namun akan diganti
dengan mattoh ( مطة )- tanda
mad ( ~ )
2. Bagi pecahan no. 3,
akan dihazafkan baris serta huruf hamzah namun terdapat dua pandangan sama ada
hendak meletakkan mattah ( ini yang diamalkan ) atau tidak meletakkan mattah.
3. Bagi pecahan no 4.
Dihazafkan hamzah dan tidak diletakkan mattah kecuali pada keadaan mad seperti
( ءĨ لان ).
4. Bagi pecahan no.5 dan 6,
dihazafkan hamzah dan barisnya serta tidak diletakkan mattah
KEADAAN HAMZAH
Bagi pecahan ini akan membincangkan , keadaan
hamzah yang melayakkannya untuk mendapat perumah mahupun tidak.
Ketika mufrad :
Tidak ada rumah bagi hamzah sama ada hamzah
terletak di awal ayat, tengah ayat mahupun di akhir ayat.
Ketika jama’ ( dua hamzah ) :
Sekiranya dua hamzah yang berbeza baris
mahupun dua hamzah yang sama baris bertemu antara satu sama lain, maka
wajib hazaf salah satu daripada dua perumah hamzah.
Merujuk kepada perbahasan kedudukan hamzah
ketika jama’, disini, disertakan dua pendapat yang muncul dalam menentukan
perumah hamzah yang manakah patut dihazafkan:
- Mazhab
Al-Farra’ – dikekalkan rumah hamzah yang pertama dan dihazafkan yang kedua.
Pandangan ini digunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan sama baris.
- Mazhab
Kisa’ie – dihazafkan perumah hamzah yang pertama dan kekal yang kedua.
Pandangan ini dugunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan berbeza baris
Ulama’-ulama’ dhab telah menggunakan kedua-dua
pandangan ini seperti mana yang telah dinyatakan diatas.
Ketika jama’ ( tiga hamzah )
Hampir 60 pendapat yang membahaskan keadaan
hamzah ini. Contoh yang menjadi perbahasan adala wajah-bacaan berbentuk
istifham seperti (ءأامنتم ) dan sebagainya. Akan tetapi, disini Cuma
kan dijelaskan tiga pandangan sahaja, iaitu :
1. Hazaf yang pertama, letakkan
perumah pada hamzah kedua dan letakkan alif kecil pada hamzah ketiga
seperti ( ءأıلهتنا )
2. Hazaf yang pertama, letakkan alif
kecil pada tempat kedua dan alif pada tempat ketiga
3. Hazaf yang pertama dan kedua dan
letakkan alif pada hamzah ketiga (ءءامنتم )
TEMPAT / KEDUDUKAN HAMZAH
Sekiranya huruf hamzah
itu tidak mempunyai rumah, maka kedudukan hamzah itu hendaklah selari
dengan garisan ( mesti berada betul-betul di atas garisan ) tidak
kira sama ada hamzah itu berada di awal kalimah, pertengahan mahupun di akhir
kalimah.
Eg : السماء , ءادم ,لرءوف
Sekiranya huruf hamzah
itu mempunyai rumah , maka harus diletakkan pemisah diantara huruf sebelum
hamzah dengan huruf selepas hamzah ( inilah yang diamalkan) dan tidak
diletakkan pemisah .
Eg : شطئه , شطه
Kedudukan hamzah di atas
garisan ini akan berkuatkuasa serta merta sekiranya hamzah itu berada di atas
alif ( sebagai perumah ) atau di atas wau seperti أخذ , يكلؤكم dan masing-masing berbaris fathah dan sukun.
Sekiranya huruf hamzah berbaris
kasrah إنا
maka kedudukannya akan berada di bawah
Bagi bacaan –bacaan yang disertakan dengan
idkhol, boleh memilih sama ada hendak meletakkan alif kecil ( ء´أنذزتهم ) atau meletakkan tanda “dash” ( جرة ) seperti ( ء- أنذرتهم ). Walau
bagaimana pun, peletakan alif kecil adalah yang diamalkan.